26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

RM5.48 juta naik taraf, selenggara Manjung

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN meluluskan peruntukan sebanyak RM5.48 juta bagi menaik taraf dan penyelenggaraan infrastruktur awam di bawah Majlis Perbandaran Manjung dan Kampung Baru Cina di Perak.

Kelulusan itu diumumkan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming ketika melakukan selepas mengadakan lawatan ke beberapa lokasi di Manjung bagi meninjau kemudahan asas dan keperluan kemudahan awam.

KPKT meluaskan ‘sentuhan kasih sayang’ dengan meluluskan peruntukan berjumlah RM5.48 juta kepada Majlis Perbandaran Manjung dan Kampung Baru Cina serta Rumah Ibadat bukan Islam. 

“Penyaluran peruntukan tersebut bertujuan meningkatkan kualiti fasiliti awam sekitar Manjung sebagai usaha mempergiat dan merancakkan ekonomi setempat demi manfaat penduduk Manjung,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan selepas mengadakan lawatan ke Daerah Manjung hari ini.

Advertisements

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Sandrea Ng Shy Ching; Ahli Parlimen Kawasan Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham; ADUN Pangkalan Baharu, Azman Noh;  ADUN Kawasan Pantai Remis, Wong May Ing dan ADUN Kawasan Astaka, Jason Ng. Thien Yeong.

Kor Ming berkata, peruntukan meliputi projek menaik taraf dan penyelenggaraan seperti meruntuh dan membina semula Pasar Awam Ayer Tawar, naik taraf Pasar Awam Beruas dan membina kios penjaja di Jalan Gapis, Seri Manjung.

Katanya, selain itu, peruntukan turut melibatkan naik taraf sistem pencahayaan sekitar Bandar Seri Manjung dan Lumut, naik taraf pencahayaan sekitar Pantai Kulit Kerang, membekal dan memasang pagar dari jenis anti-climb di sekitar Dewan Terbuka Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan, Pulau Pangkor.

“Selain itu, menaik taraf sistem perpaipan di tandas Teluk Nipah 2, menyelenggara slab di laluan tapak pembuangan sampah Teluk Cempedak dan menukar bumbung jenis kaca gerai di Kota Belanda.

“Mengecat semula garisan jalan di Zon A, Seri Manjung, membaik pulih dan menyelenggara bumbung kawasan gerai di Teluk Batik dan projek pembangunan infrastruktur dan pengindahan Kampung Baru,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan