30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Rodzi dilantik Ketua Pengarah MAMPU baharu

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

DATUK Rodzi Md. Saad telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) berkuat kuasa hari ini.

Mampu menerusi kenyataan berkata, Rodzi yang berusia 59 tahun dilantik bagi menggantikan Datuk Seri Dr. Yusof Ismail.

Katanya, beliau merupakan lulusan Sarjana dalam bidang Pengajian Perangsaraf Media dan Informasi dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Ijazah Sarjana Muda Demografi dan Kajian Kependudukan (Kepujian) dari Universiti Malaya. 

“Beliau telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 33 tahun dan berpengalaman luas dalam pelbagai bidang termasuklah keselamatan dan

Advertisements

 pengurusan bencana. 

“Sebelum ini, beliau telah berkhidmat sebagai Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara, sejak 15 Julai 2021,” katanya hari ini.

Sementara itu, Mampu turut memberikan penghargaan kepada Dr. Yusof di atas sumbangan yang ditaburkan ketika menggalas jawatan di Mampu.

“MAMPU turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Dr. Yusof atas segala sumbangan dan khidmat bakti beliau,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan