25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Erdogan dilantik semula Presiden Turkiye

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

RECEP Tayyip Erdogan berjaya memenangi pusingan kedua Pilihan Raya Presiden Turkiye semalam sekali gus kekal memerintah negara itu untuk tempoh satu penggal lagi.

Erdogan mempertahankan jawatan presiden yang disandangnya sejak 2014 selepas mengatasi pencabarnya Kemal Kilicdaroglu selepas 99 peratus undi selesai dikira Majlis Pilihan Raya (YSK).

YSK mengesahkan, hasil kiraan menunjukkan Erdogan memperoleh 52.14 peratus undi sementara Kilicdaroglu mendapat 47.86 peratus undian.

Erdogan menerusi Facebook hari ini mengumumkan kemenangan beliau kepada pengikutnya.

“Panjang umur negara kita yang memberikan satu lagi kemenangan. Tahniah kepada kejayaan Turkiye yang hebat,” katanya.

Advertisements

Dianggarkan lebih 64.1 juta orang pengundi berdaftar di Turkiye, ini termasuk lebih 1.92 juta pengundi luar negara dan hampir 192,000 peti undi telah disediakan.

Populariti Erdogan baru-baru ini merosot susulan krisis kos sara hidup yang dihadapi rakyat Turkiye dan perkara itu menambah keyakinan pembangkang untuk menumbangkan pemimpin berkenaan.

Dalam pada itu, kemenangan Erdogan menyaksikan imej pemimpin berusia 69 tahun bertambah kukuh selepas mengubah dasar domestik, ekonomi, keselamatan dan dasar luar.

Ini termasuk meletakkan imejnya sebagai kuasa serantau dengan peranan semakin besar dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO). – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akhyar Rashid disamun, cedera di kepala akibat dipukul

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid cedera di kepala dan kaki selepas menjadi mangsa samun di Kuala Terengganu sekitar...

Lagi Artikel Berkaitan