26.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

Perak pecat Teong Kim

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PERAK FC menamatkan khidmat ketua jurulatih, Datuk Lim Teong Kim berkuat kuasa serta-merta susulan prestasi hambar yang dipamerkan skuad Bos Gaurus musim ini.

Kelab itu menerusi kenyataan berkata, tempat bekas Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD) itu akan digantikan sementara oleh Yusri Che Lah.

“Perak FC mengumumkan Teong Kim tidak lagi bersama pasukan Liga Super berkuat kuasa serta-merta. Yusri Che Lah akan mengambil alih tugas sebagai Ketua Jurulatih Sementara untuk masa terdekat.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada Datuk Lim (Teong Kim) di atas sumbangannya dan mendoakan yang terbaik untuk karier beliau pada masa hadapan,” katanya hari ini.

Skuad Bos Gaurus beraksi hambar musim ini selepas hanya mampu mencatat dua kemenangan, tiga seri dan tujuh kekalahan dalam 12 perlawanan Liga Super setakat ini.

Advertisements

Pasukan itu turut tersingkir seawal pusingan pertama saingan Piala FA selepas tewas 2-1 kepada Sri Pahang dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Perak di Ipoh.

Untuk rekod, Teong Kim menandatangani kontrak dua tahun dengan pilihan untuk memperbaharui kontrak selama setahun lagi bersama Perak pada akhir tahun lalu.

Kehadiran beliau ditagih bagi menstabilkan kelab, dan mengekalkan status kompetitif dengan pengambilan skuad baharu terutama dalam membentuk pemain muda.

Namun, Teong Kim menjadi ketua jurulatih ketiga dipecat atau direhatkan musim ini selepas Choi Moon Sik yang direhatkan Kelantan 4 April lalu diikuti Tomas Trucha (Kelantan United) selang tiga hari kemudian. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Guru bersahsiah mulia asas pendidikan berkualiti

Oleh DZULFAIDHI HAKIMIE DZULRAIDI GURU sebagai agen utama sistem pendidikan memegang peranan yang penting dalam membentuk generasi akan datang. Namun, menjadi...

Lagi Artikel Berkaitan