26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Annuar ramal UMNO ditolak rakyat dalam PRN, PRU-16

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

BEKAS Ketua UMNO Bahagian Ketereh yang dipecat keahliannya, Tan Sri Annuar Musa meramalkan parti itu akan ditolak rakyat dalam enam pilihan raya negeri (PRN) dan pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Beliau yang kini menubuhkan pertubuhan Muafakat Nasional berkata, ini ekoran langkah UMNO menjalinkan kerjasama dengan DAP dalam Kerajaan Perpaduan yang turut mendapat penolakan dalaman parti keramat itu.

Bekas menteri Kabinet itu berkata, keadaan itu berbeza ketika UMNO menjalinkan kerjasama dengan Pas yang didakwa membawa kemenangan kepada parti itu dalam beberapa siri pilihan raya kecil (PRK).

“Kehadiran ribuan penyokong UMNO dan Pas di PWTC (Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur) September 2019 telah menyemarakkan semangat jutaan rakyat sehingga UMNO meraih kemenangan dalam siri PRK dengan cemerlangnya.

Advertisements

“Kehadiran puak sosialis, liberal DAP ke PWTC hari ini (semalam) akan mendorong jutaan rakyat, termasuk ahli UMNO akan terus meninggalkan UMNO dan UMNO bakal ditolak rakyat dalam PRN dan PRU akan datang, Insya-Allah,” katanya menerusi Facebook malam tadi.

Beliau mengulas Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan yang menyaksikan buat pertama kali 19 buah parti politik dari seluruh wilayah berhimpun di bawah satu bumbung.

Lebih 5,000 perwakilan terdiri daripada pemimpin dan ahli-ahli gabungan Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) serta Warisan dan MUDA menghadiri konvensyen yang dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Untuk rekod, Annuar adalah Setiausaha Agung UMNO ketika Muafakat Nasional (MN) ditubuhkan antara UMNO dan Pas pada 2019, selepas kedua-dua parti tersebut menjadi pembangkang selepas PRU-14. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan