24.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Barcelona juara La Liga

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

BARCELONA muncul juara La Liga dengan berbaki empat perlawanan selepas unggul di puncak liga dengan berkelebihan 14 mata berbanding pencabar terdekat, Real Madrid.

Lebih manis lagi, kejayaan Barcelona dicipta di gelanggang musuh setempat, Espanyol selepas menundukkan lawan dengan jaringan 4-2 dalam aksi di Stadium, Cornella-El Prat awal pagi tadi.

Barcelona mendahului seawal minit ke-11 menerusi jaringan Robert Lewandowski sebelum Alejandro Balde menggandakan kedudukan sembilan minit selepas itu.

Kapten Poland itu terus menambah derita Espanyol lima minit sebelum rehat apabila meledak gol ketiga pelawat.

Barca terus selesa 4-0 di depan pada minit ke-53 menerusi jaringan pemain pertahanan, Jules Kounde sekali gus memastikan kejuaraan liga hampir pasti milik mereka.

Advertisements

Bagaimanapun, Espanyol cuba bangkit dalam 20 minit terakhir apabila menjaringkan dua gol menerusi Javi Puado dan Joselu namun sudah terlambat untuk menyekat musuh tradisi mereka daripada memenangi kejuaraan La Liga.

Pengurus Barca, Xavi Hernandez berkata, kejayaan itu adalah hasil kerja keras yang ditunjukkan pasukannya sepanjang musim ini.

“Perasaan yang hebat. Ini (kejayaan) bermula dari dari Julai dan beberapa bulan bekerja keras dan berkorban kami berjaya capai apa yang disasarkan.

“Penyokong dan kelab layak menerima (kejuaraan) ini. Kami memenangi La Liga dengan persembahan yang menakjubkan, kami cemerlang malam ini,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan