26.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 16, 2024

4 lelaki ditahan bergaduh ketika mabuk

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

POLIS menahan empat lelaki warga tempatan kerana disyaki terlibat dalam pergaduhan di luar premis sebuah bistro di Jalan Kiambang 12 Indahpura, Kulai, Johor awal pagi semalam.

Ketua Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai, Tok Beng Yeow berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita tempatan berusia 21 tahun pada pukul 3 pagi.

“Pengadu memberitahu semasa dia bersama empat rakan sedang minum di bahagian luar premis bistro, suspek seorang lelaki datang dan menampar bahagian muka rakan pengadu.

“Kemudian datang dua kereta yang dinaiki lebih kurang 10 lelaki dan seorang wanita bertindak memukul rakan-rakan pengadu. 

“Akibat kejadian, rakan-rakan pengadu mengalami kecederaan ringan di bahagian kepala, tangan dan kaki,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Beliau berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Risikan dan Operasi IPD Kulai telah melakukan serbuan dan menangkap keempat-empat lelaki berkenaan di sebuah kedai makan di Jalan Iris 8, Kulai. 

Katanya, kesemua suspek berumur antara 24 hingga 28 tahun ditahan reman bermula hari ini hingga 14 Mei untuk siasatan lanjut.

“Semakan mendapati kesemua suspek mempunyai rekod jenayah lampau. Hasil siasatan awal polis, punca pergaduhan kerana mabuk dan perselisihan faham.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bukan bumiputera masuk UiTM: KPT masih pegang teguh Akta 173

KEMENTERIAN Pendidikan Tinggi (KPT) masih berpegang teguh kepada Fasal 1A Akta 173 bahawa Universiti Teknologi Mara (UiTM) ditubuhkan menurut...

Lagi Artikel Berkaitan