27.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 1, 2024

Rakyat lagi minat perjuangan Melayu KJ dari Tun M – Puad

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menyangkal ‘hujah’ bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang percaya Dr Mahathir jujur dalam perjuangannya terhadap orang Melayu.

Kata Puad, rakyat lebih berminat terhadap agenda ‘perjuangan Melayu’ yang akan dibawa Khairy Jamaluddin atau lebih mesra dikenali sebagai KJ berbanding bekas perdana menteri itu.

“KJ percaya Tun M jujur memperjuangkan Melayu kerana dia ultra Melayu dan dia tulis buku “The Malay Dilemma”. Itu hujah KJ.

“Saya yakin rakyat tidak lagi memperdulikan Tun M jujur atau tidak jujur. Sejujurnya mereka yakin kejujuran perjuangan Melayu Tun M tidak lagi efektif. “Your time is over”.

Advertisements

“Sejujurnya rakyat lebih berminat untuk tahu apa agenda “perjuangan Melayu” KJ. Mesti ada kan?,” tulisnya di Facebook.

Sebelum ini, Khairy berkata Mahathir sememangnya dikenali sebagai ‘ultra’ Melayu sejak sekian lama dengan menyifatkan bekas perdana menteri itu sebagai bapa nasionalis Melayu.

Beliau mengulas mengenai Proklamasi Orang Melayu yang diasaskan Mahathir

dalam program ‘Keluar Sekejap’ yang dihoskan bersama bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kupang PD masih belum selamat dimakan, 81 penternak terjejas

KUPANG dari perairan Port Dickson, Negeri Sembilan masih belum selamat dimakan kerana masih menunjukkkan kandungan biotoksin yang tinggi. Jabatan Perikanan...

Lagi Artikel Berkaitan