30.3 C
Kuala Lumpur
Monday, May 20, 2024

Polis tahan lelaki asing kencing di tempat wuduk BSI

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS telah menahan seorang lelaki warganegara asing yang bertindak membuang air kecil di tempat wuduk di Kompleks Sultan Iskandar (BSI) Johor Bahru.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, suspek yang berusia 69 tahun itu ditahan sejurus selepas dia selesai melakukan perbuatan tersebut dan permohonan reman sedang diperolehi di Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini.

“Polis menerima laporan berhubung perbuatan jelik berkenaan pada pukul 4.36 petang, semalam.

Advertisements

“Sehubungan itu, suspek telah ditahan selepas kejadian berkenaan,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Kamarul Zaman, siasatan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan saringan air kencing didapati negatif.

“Polis masih menyiasat sebab mengapa lelaki tersebut berbuat demikian dan kes disiasat di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zii Jia tamatkan kemarau gelaran, juarai Terbuka Thailand

PEMAIN perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia menamatkann kemarau gelaran selama tujuh bulan apabila menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka...

Lagi Artikel Berkaitan