30.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Ridzuan Hashim meninggal dunia

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PELAKON Ridzuan Hashim, meninggal dunia di kediamannya di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur, hari ini.

Ridzuan, 62, yang terkenal dengan watak “King” dalam filem KL Gangster dikatakan meninggal dunia secara mengejut ketika bersarapan di rumahnya.

“Arwah meninggal sekitar 11 pagi hingga 12 tengah hari tadi di rumahnya di Bandar Tun Razak. Ketika itu, anaknya ada di rumah dan dia sedang bersarapan.

“Dia ‘keras’ dan jatuh dari kerusi, seterusnya anaknya bergegas membawanya ke hospital. Bila diperiksa, pihak hospital sahkan dia dah tak ada (meninggal dunia),” kata anak saudaranya yang juga pelakon, Iman Zulkarnain, memetik laporan Harian Metro.

Iman memaklumkan jenazah Ridzuan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Dusun Tua, Hulu Langat.

Advertisements

Sementara itu, bekas isterinya yang juga pelakon, Didie Alias berkongsi berita duka tersebut menerusi video di Instagramnya.

“Saya nak beritahu kepada semua sahabat dan saudara mara yang mengenali bekas suami saya, Mohd Ridzuan Hashim, dia sudah kembali ke Rahmatullah tadi.

“Kepada sesiapa yang ingin melawat, arwah masih di Hospital Kuala Lumpur. Saya mohon kepada sesiapa yang ada hutang kepada arwah, boleh terus hubungi saya. Ampun dan maafkannya,” katanya.

Ridzuan memulakan kerjaya seninya sebagai model pada 1981 sebelum terjun ke bidang lakonan.

Advertisements

Terkini

Kasino di Forest City: Chegu Bard ditahan reman dua hari

BADRUL Hisham Shaharin atau Chegu Bard direman susulan membuat hantaran yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan...

Lagi Artikel Berkaitan