25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Pelaksanaan rangkaian 5G oleh DNB hingga 80% liputan akhir 2023

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN bersetuju supaya pelaksanaan rangkaian 5G di Malaysia diteruskan melalui Digital Nasional Berhad (DNB) sehingga mencapai 80 peratus liputan di kawasan berpenduduk menjelang penghujung 2023.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, manakala peralihan kepada model dwirangkaian akan dilaksanakan berpandukan
syarat-syarat yang selari dengan amalan di peringkat global.

“Syarat yang menawarkan kepelbagaian rangkaian bukan sahaja untuk rakyat, malah juga untuk sektor perindustrian yang merupakan antara kumpulan sasar penggunaan teknologi 5G.

“Keputusan ini dibuat dengan anjakan fokus kepada elemen penerimagunaan dan
inovasi berasaskan teknologi 5G secara komprehensif,”katanya menerusi kenyataan di sini.

Advertisements

Beliau berkata, model ini turut mengambil kira
kemampanan ekosistem industri telekomunikasi di Malaysia sekali gus menamatkan unsur monopoli yang sering dikaitkan dengan DNB.

“Selaras dengan prinsip utama yang digariskan dalam ucapan Belanjawan 2023 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, peralihan ini dapat memanifestasikan keterangkuman melalui penyertaan penuh penyedia perkhidmatan tanpa menjejaskan langganan 5G sedia ada pada kadar yang berpatutan untuk rakyat.

“Sehubungan dengan itu, KKD sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Kewangan (MOF) dan DNB serta pihak penyedia perkhidmatan bagi memastikan peralihan kepada model dwirangkaian berjalan dengan lancar tanpa menjejaskan kepentingan rakyat dan keyakinan pelabur,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan