25.5 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Polis siasat dakwaan pegawai enggan terima laporan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

POLIS Ibu Pejabat Daerah (IPD) Ipoh menyiasat video yang tular di media sosial yang mendakwa seorang pegawai kanannya enggan menerima laporan semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Yahaya Hassan berkata, vidoe berdurasi 45 saat itu memaparkan seorang lelaki di TikTok mengugunakkan akauan bernama @Vikramnaidu4488 mendakwa laporan polis atas tujuan keselamatan yang mahu dibuat enggan diterima pegawai berkenaan.

Katanya, penyebaran video tersebut telah menarik perhatian masyarakat.

Polis IPD Ipoh ingin menegaskan bahawa kami tidak pernah dan tidak akan menghalang pengadu membuat laporan di mana-mana balai polis di seluruh negara.

Advertisements

“Walaubagaimanapun, polis menyambut positif maklum balas yang diterima daripada rakyat dan dakwaan individu dalam video tersebut telah dirujuk le Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard IPD Ipoh untuk siasatan dalaman,” katanya menerusi kenyataan malam tadi.

Sementara itu, beliau turut menasihatkan orang ramai tidak membuat spekulasi mengenai penularan video tersebut.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kandungan video TikTok tersebut.

“ini akan menjejaskan siasatan dalaman polis mahupun mendatangkan kegusaran dalam kalangan masyarakat,” tegasnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan