26.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 16, 2024

Gol lewat Salernitana tangguh pesta Napoli

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

HASRAT Napoli untuk merangkul kejuaraan Serie A ebih awal tidak kesampaian apabila diikat Salernitana 1-1 dalam aksi di Stadium Diego Armando Maradona di Naples malam tadi.

Memerlukan kemenangan selepas pencabar terdekat, Lazio tewas 1-3 kepada Inter Milan, Napoli memperoleh gol pada minit ke-62 menerusi jaringan Mathias Olivera yang berpunca daripada sepakan penjuru.

Bagaimanapun, pelawat bangkit menyamakan kedudukan tujuh minit sebelum masa penuh menerusi Boulaye Dia sekali gus menangguhkan keraikan di Naples.

Advertisements

Untuk rekod, kali terakhir Napoli menjuarai Serie A adalah pada 33 tahun lalu dan kelab itu hanya dua kali menjuarai kejohanan liga itu, kedua-duanya ketika lagenda, Diego Maradonna beraksi untuk mereka.

Dengan keputusan itu meletakkan Napoli unggul puncak liga dengan 79 mata, 18 mata mengatasi Lazio di tangga kedua ketika berbaki hanya enam perlawanan.

Napoli berpeluang menjuarai Scudetto apabila bertandang Udinese Khamis ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bukan bumiputera masuk UiTM: KPT masih pegang teguh Akta 173

KEMENTERIAN Pendidikan Tinggi (KPT) masih berpegang teguh kepada Fasal 1A Akta 173 bahawa Universiti Teknologi Mara (UiTM) ditubuhkan menurut...

Lagi Artikel Berkaitan