Friday, June 5, 2026

Kebocoran paip air bawah tanah punca tanah runtuh

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TERDAPAT kebocoran paip air bawah tanah berkemungkinan menyumbang kepada insiden tanah runtuh yang berlaku berhampiran Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia di Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin hari ini.

Bagaimanapun, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, Jabatan Kerja Raya (JKR) masih terus menjalankan siasatan lanjut dan terperinci.

“Saya juga telah mendapatkan maklumat daripada Cawangan Kejuruteraan Cerun Jabatan Kerja Raya yang telah turun ke lokasi siang tadi.

“Saya dimaklumkan berdasarkan siasatan awal, kebocoran pair air bawah tanah berkemungkinan menyumbang kepada insiden ini.

“Buat masa ini, tiada tanda-tanda faktor semulajadi yang dikenalpasti menyebabkan runtuhan.

“Sungguhpun begitu saya amat bersimpati dengan mangsa yang terlibat dan berharap usaha mengenalpasti punca sebenar dan langkah mengawal runtuhan dapat disegerakan,”katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Sehubungan dengan itu, beliau memohon kerjasama semua pihak supaya mematuhi arahan pihak berkuasa bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Terdahulu, media melaporkan satu kejadian tanah runtuh berlaku di cerun bukit melibatkan kawasan seluas 1,115 meter persegi berhampiran bangunan Akademik Pencegahan Rasuah Malaysia, Jalan Duta. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan