30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Aidilfitri: Kedai gunting rambut jadi tumpuan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SIAPA yang tidak mahu nampak tampan dan segak bergaya di pagi raya.

Tidak kiralah wanita ataupun lelaki, tetapi jika untuk kaum Adam, aset penting mereka pastinya dari segi penggayaan rambut.

Disebabkan itu, di saat-saat akhir bagi menyambut kedatangan Syawal esok, kedai gunting rambut antara yang menjadi tumpuan ramai.

Seawal pukul 10 pagi, rata-rata kedai gunting rambut sekitar Senawang dikunjungi pelanggan, dan ada yang sanggup menunggu di luar kedai bagi menunggu giliran meskipun terpaksa menunggu dalam tempoh yang lama.

Pemilik kedai gunting rambut dikenali Cookies, 30-an, berkata, keadaan ini kebiasaannya akan berlaku menjelang sehari sebelum lebaran.

“Saya sampai tidak ‘menang tangan’, sehinggakan menerima tempahan sehingga pukul 1 pagi.

Sebahagian pelanggan menunggu di luar premis untuk mendaptkan khidmat menggunting rambut di Senawang, Negeri Sembilan. – Foto: Edisi 9

“Boleh dikatakan, ramai orang berbanding hari biasa.

Advertisements

“Namun, saya anggap ini sebagai ‘rezeki’, demi memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan,”katanya yang telah mewarisi perniagaan keluarga sejak 32 tahun.

Sementara itu, seorang pelanggan dikenali Rahmat, 30, berkata, dia akan datang ke kedai gunting ini setiap kali nak raya.

“Walaupun ramai, saya sanggup tunggu sebab tukang guntingnya tahu ‘fashion’ rambut terkini berbanding yang lain.

“Tukang rambut di kedai ini juga akan kongsi tips ‘style’ rambut mengikut bentuk muka kita,”katanya.

Bagi pelanggan, Nasir, 25, pula kunjungannya ke kedai gunting ini sebab dah biasa mendapatkan khidmat gunting rambut daripada tukang gunting rambut di kedai ini.

“Memang bila esok nak raya sahaja, saya akan membuat tempahan awal, berbanding tahun lepas giliran saya sepatutnya 8 malam tetapi dianjakkan ke 3.30 pagi disebabkan kita raya ‘mengejut’,” katanya.

Ujarnya, inilah rutinnya sehari sebelum sambutan Aidilfitri. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan