Friday, July 24, 2026

Agihan kerusi PRN enam negeri belum selesai – Lih Kang

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

RUNDINGAN pembahagian kerusi antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya negeri (PRN) enam negeri akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.

Naib Presiden PKR, Chang Lih Kang berkata, rundingan tersebut menunjukkan perkembangan yang positif merangkumi pembahagian kerusi di negeri yang terlibat.

“Setakat ini masih dalam rundingan untuk semua negeri menunjukan kemajuan yang sangat baik. Sukar hendak cakap tetapi kami masih belum ada calon di setiap negeri sebaliknya dibicangkan adalah pembahagian kawasan. 

“Kita harap (dapat selesaikan rundingan) secepat mungkin. Selalunya pasti ada satu dua kerusi yang sangkut, belum ada keputusan. Kalau hendak dapat muktamad biasanya sehari atau pada hari penamaan calon,” katanya.

Beliau mengulas mengenai pembahagian kerusi antara PH dan BN bagi PRN enam negeri yang akan datang selepas sidang media di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, hari ini.

Dalam pada itu, Lih Kang berkata, beliau optimis terhadap gabungan kerajaan perpaduan PH dan BN dalam menghadapi PRN enam negeri itu.

“Sebelum PRN, semua parti pastinya yakin (akan menang). Akhirnya, siapa yang dapat (menang PRN) kena tunggu (keputusan) hari pengundian,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan