27 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

JDT berpesta gol di Ipoh

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

JOHOR Darul Ta’zim semakin sukar digugat di puncak Liga Super apabila mencatatkan kemenangan ketujuh berturut-turut selepas membelasah Perak FC 5-0 di Stadium Perak di Ipoh malam tadi.

Pelawat berada di depan seawal minit kelima perlawanan menerusi jaringan sendiri pertahanan, Hasnul Zaim Zafri apabila tertampan bola kuisan Arif Aiman Hanapi masuk ke gawangnya.

Skuad Harimau Selatan dihadiahkan sepakan penalti apabila Leandro Velazquez dijatuhkan dalam kawasan penalti pada minit ke-24.

Pemain import dari Argentina itu kemudiannya tidak berdepan masalah untuk menyempurnakan sepakan tersebut bagi menjadikan JDT selesa 2-0 di depan.

Advertisements

Pelawat terus selesa 3-0 menuju bilik persalinan apabila penyerang, Diogo mudah menolak masuk hantaran silang Fernando Forestieri untuk merekodkan gol ketiga dalam tiga perlawanan terakhir di tempat lawan.

Penyerang sensasi JDT, Bergson da Silva menambah derita anak buah Datuk Lim Teong Kim menerusi gol keempat apabila merembat leret melepasi penjaga gol, Brian See Tian Keat pada minit ke-66.

Velazquez melengkapkan kemenangan besar 5-0 skuad bimbingan Esteban Solari apabila meledak gol kedua peribadinya malam tadi menerusi jaringan pada masa kecederaan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

70,000 penduduk luar bandar nikmati elektrik biogas Felcra

KIRA-KIRA 70,000 penduduk luar bandar atau 14,000 rumah bakal menikmati bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi menerusi janakuasa yang...

Lagi Artikel Berkaitan