29.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Wanita melecur di muka dalam kebakaran 2 rumah

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG wanita mengalami kecederaan melecur selepas kediamannya berhampiran Residensi Platinum, Teratai Jalan Sulaiman, di Kuala Lumpur terbakar tengah malam tadi.

Dalam kejadian tersebut, dua buah rumah turut musnah 100 peratus.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.23 tengah malam sebelum menghantar jentera ke tempat kejadian.

“Seramai 30 anggota dan keluaran sebanyak enam buah jentera digerakkan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Setapak, BPP Gombak Selatan dan BPP Jalan Hang Tuah ke lokasi tersebut.

“Setibanya di lokasi kejadian, terdapat kebakaran melibatkan dua buah rumah lot jenis kelas C.

Advertisements

“Operasi pemadaman mengunakan teknik ‘offensive’ dan ‘defensive’ untuk memadam kebakaran daripada merebak.

“Keluasan kebakaran adalah 2,100 kaki persegi dan terbakar 100 peratus,” katanya dalam Facebook hari ini.

Ujarnya lagi, mangsa iaitu wanita yang melecur sekitar lima peratus di muka telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.

“Api dapat dikawal pada pukul 1.08 pagi dan punca serta kerugian kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Pelajar UPSI adakan program bakti bersama gelandangan

SEKUMPULAN pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengadakan program khidmat bakti bersama golongan gelandangan di Pusat Transit Gelandangan Kuala...

Lagi Artikel Berkaitan