28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Lelaki pukul, bakar anjing hidup-hidup diburu

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki warga tempatan diburu pihak berkuasa berikutan kekejamannya memukul dan membakar seekor anjing dipercayai di Taman Impian Emas, Skudai, Johor Bahru.

Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Fariz Ammar Abdullah berkata, ini susulan video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tular di media sosial.

Katanya, pihaknya ada menerima laporan daripada orang awam berkaitan kejadian berkenaan.

“Kes disiasat oleh Jabatan Veterinar Johor dan pihak berkuasa tersebut telah menjalankan siasatan di bawah Seksyen 29 (1) (e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 29 (1) Akta sama yang memperuntukkan hukuman denda minimum RM25,000 atau maksimum RM100,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Satu rakaman berdurasi 8 minit 54 saat tular di media sosial menunjukkan seorang lelaki menghidupkan api dipercayai terhadap seekor anjing yang terhalang oleh dinding.

Lelaki berkenaan kemudiannya berlalu meninggalkan kawasan tersebut dengan memandu kenderaannya.

Video berkenaan menerima kecaman rakyat umum khususnya melibatkan warga negara Malaysia berketurunan Tionghua. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah Tinggi kekal sabitan, hukuman terhadap Siti Bainun

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman ke atas Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali...

Lagi Artikel Berkaitan