26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Tangkap ikan di luar zon, bot nelayan kelas C ditahan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

ZON Maritim Tanjung Manis menahan sebuah bot nelayan tempatan yang disyaki menjalankan aktiviti menangkap ikan di luar zon yang dibenarkan semalam.

Penahanan itu dibuat oleh aset Maritim Malaysia Bot PETIR 82 pada jarak lebih kurang 9.6 batu nautika dari Tanjung Sirik, Daro lebih kurang jam 1.25 petang, semalam.

Pengarah Zon Maritim Tanjung Manis, Komander Maritim Gilbert Tinggak Anak Numpang berkata, lebih kurang jam 12.15 tengahari, aset Maritim Malaysia Bot PETIR 82 ketika melaksanakan operasi pemantauan berdekatan dengan perairan tersebut telah mengesan sebuah bot nelayan tempatan kelas C dalam keadaan mencurigakan.

“Bot berkenaan disyaki sedang leka melakukan aktiviti penangkapan ikan dengan menggunakan pukat tunda lebih kurang tiga batu nautika dari bot PETIR 82.

Advertisements

“Hasil penggeledahan mendapati bot berkenaan dikendalikan oleh seorang tekong warga tempatan, tiga kru warga tempatan dan dua kru warga Indonesia dalam lingkungan umur 17 hingga 51 tahun.

“Sehubungan dengan itu, kesemua kru dan hasil tangkapan ikan campur yang dianggarkan lebih kurang 2,500 kilogram beserta bot nelayan ditahan.

“Mereka kemudiannya diiring masuk ke Jeti Terminal Tanjung Manis untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985.kerana telah melanggar syarat sah lesen dengan melakukan aktiviti menangkap ikan kurang daripada jarak yang dibenarkan.

“Jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan kompaun daripada Jabatan Perikanan Malaysia,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan