24.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 6, 2024

KDN perhalusi pelan strategik penguatkuasaan PATI

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) sedang memperhalusi pelan strategik penguatkuasaan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang lebih komprehensif dan menyeluruh.

Ini kerana kata Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah, kementeriannya memerlukan satu strategi pembanterasan secara berterusan sebagai usaha serius kerajaan menangani masalah tersebut.

“Justeru, antara langkah diambil kementerian itu ialah memperkukuhkan tadbir urus dan menambah baik sistem kerja penguatkuasaan sedia ada,” katanya pada sesi Pertanyaan-Pertanyaan Jawab Lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Katanya, statistik Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sehingga 27 Mac lalu menunjukkan terdapat 4,655 PATI yang ditahan di empat depot Imigresen di Sabah.

“Berdasarkan pelaksanaan aktiviti penguatkuasaan melibatkan premis perniagaan dan perusahaan sepanjang tahun 2021, sebanyak 1,076 operasi penguatkuasaa telah dilaksanakan dengan tangkapan 1,881 PATI dan 45 majikan.

“Jabatan Imigresen Sabah (JIS) pula telah melakukan 700 operasi penguatkuasaan melibatkan tangkapan 1,437 PATI dari pelbagai negara dan 14 majikan atas pelbagai kesalahan Imigresen sepanjang 2022.

Advertisements

“Manakala sehingga 27 Mac lalu pula terdapat 265 operasi dilakukan dan 487 PATI dan dua majikan ditangkap,” katanya.

Menurut Dr. Shamsul Anuar, bagi memastikan usaha pengusiran dilaksanakan dengan cekap, JIM mengambil tindakan secara konsisten seperti mempergiatkan usaha mengusir mereka ke negara asal.

Jelas beliau, usaha juga diadakan menerusi rundingan secara berkala dengan Kedutaan Filipina dan Indoensia serta bekerjasama bagi mempercepatkan proses penghantaran pulang tahanan.

Katanya lagi, JIM juga telah merekodkan seramai 2,947 PATI diusir dari empat depot Imigresen di Sabah, iaitu depot di Kota Kinabalu, Papar, Sandakan dan Tawau pada tahun 2021.

“Bagi tahun 2022 pula seramai 5,452 PATI  telah telah diusir dan dari 1 Januari hingga 27 Mac lalu, seramai 1,991 PATI dihantar pulang. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

‘Bike Week’ Team Selangor bina semangat patriotisme

TEAM Selangor telah menganjurkan program ‘Bike Week’ dalam usaha membina semangat patriotisme sempena bulan Kemerdekaan 31 Ogos dan Hari...

Lagi Artikel Berkaitan