26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Negeri pembangkang terima lebih banyak peruntukan – PM

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

SEMUA negeri yang ditadbir oleh Perikatan Nasional (PN) menerima peruntukan lebih tinggi daripada Kerajaan Perpaduan berbanding daripada kerajaan sebelum ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dakwaan bahawa pentadbiran sekarang memilih untuk menekan negeri-negeri yang tidak menyokong kerajaan adalah fitnah dan tidak berasas.

Kata Ahli Parlimen Tambun itu, beliau sedia untuk membuat pindaan berdasarkan kritikan dan teguran namun menegaskan fitnah mengatakan kerajaan menekan negeri tersebut harus dihentikan.

“Saya harap fitnah seperti ini dihentikan dan Dewan Negara dapat tunjuk contoh yang baik bahawa kritikan dibenarkan, teguran (juga dibenarkan) dan saya bersedia untuk membuat pindaan, penyesuaian setelah mendengar pandangan dan teguran.

Advertisements

“Tapi fitnah ini tidak boleh diteruskan dan fitnah ini kadang-kadang fitnah ini dibuat oleh ketua parti yang kata zalimnya Menteri Kewangan kerana menindas dan tidak memberikan peruntukan keapda negeri-negeri, atau melewatkan, mengurangkan.

“Semua fakta itu salah,” katanya ketika sesi Pembentangan Belanjawan di Dewan Negara pada Rabu.

Empat negeri pembangkang yang dirujuk Anwar adalah Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

Anwar juga menegaskan tanggungjawab beliau sebagai perdana menteri adalah untuk menjawab semua tohmahan tersebut dan bukannya menyerang ulama kerana mereka membentangkan fakta yang salah. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan