26.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 9, 2024

Ibu dipukul, dipijak anak angkara RM20

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

ANGKARA gagal mendapat duit sebanyak RM20 untuk membeli dadah, seorang lelaki yang merupakan bekas tentera tergamak memijak muka dan memukul ibunya di sebuah rumah di Kampung Gual Jedok, Tanah Merah, Kelantan, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Mohd. Haki Hasbullah berkata, akibat tindakan lelaki berusia 32 tahun itu, ibunya yang juga warga emas berusia 65 tahun terpaksa mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Tanah Merah.

Katanya, wanita tersebut mengalami kecederaan di mata, dahi, bengkak di bahagian kepala dan badan.

“Berdasarkan keterangan pengadu (abang suspek), telah menerima video daripada abang iparnya pada 2.30 petang mengenai adik kandungnya memukul ibu pengadu.

Advertisements

“Suspek berjaya ditangkap dan hasil soal siasat awal mendapati dia mengaku memukul ibunya kerana tidak memberikan wang yang diminta,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Mohd. Haki berkata, suspek merupakan pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental ditahan reman selama empat hari bermula semalam untuk siasatan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga (AKRT).

“Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine serta mempunyai dua rekod kesalahan lampau berkaitan dadah,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selangor sah tarik diri Piala Sumbangsih bertemu JDT

SELANGOR FC (SFC) membuat keputusan untuk menarik diri daripada perlawanan Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’azim di Stadium Sultan...

Lagi Artikel Berkaitan