27.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Lambang PN di 4 negeri dikekalkan hadapi PRN

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

MESYUARAT Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) mengesahkan kekal menggunakan lambang PN di empat negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Kedah dan Pulau Pinang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari Selasa.

Sementara itu, bagi kedua negeri Pantai Timur iaitu Kelantan dan Terengganu, PN akan mengekalkan penggunaan lambang PAS seperti percaturan yang dibuat pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.

“Majlis Tertinggi PN membuat ketetapan mengekalkan penggunaan lambang Perikatan Nasional dalam Pilihan Raya Negeri Kedah, Selangor, Pulau Pinang serta Negeri Sembilan dan menggunakan lambang parti PAS di Kelantan serta Terengganu. 

Advertisements

“Majlis Tertinggi turut mengarahkan jentera pilihan raya di enam negeri tersebut agar memperkukuhkan persiapan dan kesiapsiagaan di tahap tertinggi,” katanya.

Dalam pada itu, mesyuarat MT PN turut umum beberapa pelantikan jawatankuasa gabungan itu sebagai persiapan menghadapi PRN iaitu Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya PN berkuat-kuasa serta merta.

“Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee yang merupakan Ahli Parlimeb Beluran dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Perikatan Nasional Negeri Sabah manakala Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr. Mohd Radzi Jidin memegang jawatanPengerusi Badan Perhubungan Perikatan Nasional Wilayah Persekutuan,” jelasnya. – EDISI9

Advertisements

Terkini

Kumpulan Richiamo umum penstukturan jawatan baharu

KUMPULAN Richiamo Sdn Bhd mengumumkan penstrukturan syarikat dengan melibatkan pertukaran dan pelantikan baru bagi mengetuai anak-anak syarikat yang ditubuhkan...

Lagi Artikel Berkaitan