26.7 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Konvensyen Kerajaan Perpaduan bakal diadakan – PM

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEKRETARIAT Kerajaan Perpaduan kini merancang untuk mengadakan konvensyen Kerajaan Perpaduan dalam tempoh akan datang, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata, perkara itu merupakan antara intipati mesyuarat kedua Sekretariat Kerajaan Perpaduan malam tadi bersama-sama pimpinan utama parti-parti politik di Menara Dato Onn.

“Ia berkisar hal memantapkan dan mengukuhkan Kerajaan Perpaduan di kalangan pemimpin bagi memastikan agenda mensejahterakan rakyat terus diberi perhatian.

“Mesyuarat turut singgung mengenai kepentingan mewujudkan program serta agenda memperkasakan ekonomi rakyat.

“Antara intipati lain juga terarah kepada konvensyen Kerajaan Perpaduan yang dirancang bakal diadakan dalam tempoh mendatang,” katanya dalam Facebook hari ini.

Advertisements

Anwar turut menzahirkan penghargaan kepada pimpinan dari Sabah dan Sarawak atas dukungan kuat dalam memastikan Kerajaan Perpaduan terus utuh dan teguh.

Untuk rekod, pada 7 Februari lepas, Anwar hadir mempengerusikan Mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan kali pertama di Ibu Pejabat UMNO di Menara Dato’ Onn.

Mesyuarat pertama Sekretariat Kerajaan Perpaduan Malaysia itu bersetuju menubuhkan tiga jawatankuasa melibatkan semua parti dalam kerajaan.

Anwar memaklumkan, jawatankuasa tersebut adalah Jawatankuasa Strategi, Jawatankuasa Pilihan Raya dan Jawatankuasa Pemantauan Agenda Kerajaan dan Politik.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan