JABATAN Perdana Menteri (JPM) hari ini menafikan satu tangkap layar berita yang tular di media sosial berkenaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan cuti umum pada Rabu ini.
JPM dalam satu hantaran di Facebook berkata, berita tular itu mewawarkan cuti umum tersebut adalah susulan kemenangan Tan Sri Michelle Yeoh di Anugerah Akademi (Oscar).
Menurut JPM, maklumat yang disampaikan menerusi tangkap layar berita bertajuk “PM Anwar declares public holiday on Wednesday: This is the pride of a nation!” itu adalah palsu.
“Orang ramai diminta agar tidak menyebarkan atau berkongsi sebarang maklumat yang tidak pasti atau palsu.
“Tidak pasti, jangan kongsi,” katanya hari ini.
-EDISI9
Related posts:
Kemarau: Elakkan pembakaran terbuka, guna air secara berhemah
Pelan Tindakan Industri Penjagaan dijangka siap Julai - KPWKM
Semua IPM akan dibudayakan dengan Hadis 40 Imam Al-Nawawi
Julina Johan wanita kedua dilantik Ketua Pengarah Penerangan
SU Politik PM kecewa Malindo Air tutup pintu pelepasan lebih awal