26.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

Perebutan jawatan Ketua Wanita UMNO sengit

Noraini setakat ini mendahului dengan 25 undi manakala Shahrizat memperoleh 21 undi. Pengiraan undi masih berjalan.

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PERSAINGAN merebut jawatan Ketua Pergerakan Wanita UMNO terus sengit dalam proses pengiraan undi yang sedang berlangsung ketika ini.

Sehingga pukul 10 malam, keputusan pengiraan rasmi menunjukkan penyandang, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad menerima 25 undi sementara pesaing satu lawan satunya, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil merekodkan 21 undi.

Sejak dari awal perkiraan, undi kedua-dua figura wanita UMNO ini mencatatkan saingan sengit dengan kedua-duanya saling mengejar antara satu sama lain.

Advertisements

Dalam pada itu, untuk jawatan Naib Ketua Wanita UMNO pula memperlihatkan Datuk Norliza Abdul Rahim memintas pesaingnya selepas menerima 33 undi.

Saingan yang pada awalnya sengit itu kini memperlihatkan Datuk Rosni Zahari jauh ketinggalan selepas hanya merekodkan 15 undi setakat ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Guru bersahsiah mulia asas pendidikan berkualiti

Oleh DZULFAIDHI HAKIMIE DZULRAIDI GURU sebagai agen utama sistem pendidikan memegang peranan yang penting dalam membentuk generasi akan datang. Namun, menjadi...

Lagi Artikel Berkaitan