JABATAN Penguatkuasaan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) meneruskan lagi Tindakan Khas aktiviti lerniagaan warga asing sekitar luar Kompleks Pasar Borong Kuala Lumpur pada petang semalam.
Pemantauan dan tindakan penguatkuasaan dilakukan terhadap premis dan aktiviti perniagaan yang dikendalikan oleh warga negara asing telah dijalankan sekitar Jalan Batu View, Jalan 1/3a, Jalan 2/3a, dan Jalan 6/3a, Pusat Bandar Utara, Selayang Kuala Lumpur.
DBKL menerusi kenyataan berkata, dalam tindakan terbabit sebanyak dua premis dikenakan tindakan penutupan serta-merta dan notis kompaun.
“Ini kerana membenarkan pembantu premis warga asing mengendalikan perniagaan,”katanya.

Menurut DBKL, selain itu, tujuh tindakan sita dan pindah barangan terhadap aktiviti penjajaan tanpa lesen turut dikenakan.
“Daripada pemeriksaan mendapati terdapat warga Myanmar ) yang menjual pelbagai jenis sayuran dan buah-buahan di tepi jalan dan kaki lima premis dilakukan.
“Sehubungan itu, tindakan akan dikenakan di bawah Seksyen 101(1)(v), Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016,” katanya. – Edisi 9

