25.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Lagi korban banjir warga emas ditemukan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SELEPAS dikejutkan dengan penemuan dua korban banjir membabitkan warga emas di Chaah Segamat, Johor, semalam, seorang lagi korban banjir ditemukan dalam kenderaannya di Jalan Utama Selancar di Rompin, Pahang.

Mangsa Abdullah Satar,73, ditemukan di dalam kereta jenis Proton Iswara yang dipercayai dihanyutkan air dalam kejadian banjir yang melanda Felda Selancar 2,.

Menurut Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Mohd Azahari Mukhtar, mangsa yang merupakan peneroka di Felda Selancar dua ditemukan pada pukul 6.40 petang semalam iaitu selepas banjir surut.

“Berdasarkan siasatan awal, keluarganya mendakwa mangsa hilang selepas keluar rumah sejak Rabu lalu dan gagal dihubungi menyebabkan mereka mencarinya.

“Anak mangsa mendakwa dihubungi rakannya yang memaklumkan kereta Proton Iswara mangsa dijumpai dalam ladang itu dengan mangsa di dalamnya,”katanya hari ini.

Advertisements

Menurut Azahari, mayat mangsa dihantar ke Hospital Muadzam Shah untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. 

Terdahulu, dua warga emas melibatkan seorang lelaki dan wanita ditemui lemas di rumah masing-masing 11 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah berkata, mereka yang maut dikenali Lee Amo Yee, 78 tahun dan Tan Sue Ke, 74 tahun.

Menurutnya, warga emas yang ditemukan itu bukan pasangan suami isteri tetapi jiran yang tinggal di kawasan sama.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan