Thursday, July 23, 2026

Idrus Harun dilantik semula Peguam Negara

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

TAN Sri Idrus Harun dilantik semula sebagai Peguam Negara untuk tempoh enam bulan berkuat kuasa Isnin ini.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, pelatikan semula Idris telah mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong.

“Adalah dimaklumkan bahawa selaras dengan Fasal (1) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan semula Idrus sebagai Peguam Negara untuk tempoh enam bulan berkuat kuasa 6 Mac 2023,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Idrus yang juga merupakan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan pernah memegang jawatan Peguam Negara bagi menggantikan Tan Sri Tommy Thomas pada 6 Mac 2020.

Perkhidmatan beliau yang sepatutnya berakhir pada 6 Mac tahun lalu telah disambung untuk tempoh setahun lagi. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan