31.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 12, 2024

Kanak-kanak lelaki maut terjatuh dari hotel

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 14 sebuah hotel di Jalan Karamunsing, Kota Kinabalu, Sabah, pagi tadi.

Mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat 14 ke beranda di tingkat empat bangunan hotel berkenaan.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.44 pagi.

“Sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu bersama Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dihantar ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, mangsa kanak-kanak ditemukan terjatuh dari tingkap di tingkat 14 ke beranda tingkat empat bangunan hotel berkenaan.

Advertisements

“Pasukan bomba kemudian menjalankan operasi membawa turun mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Operasi ditamatkan pada pukul 7.54 pagi.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Pemegang jawatan dalam UMNO perlu tampilkan idea segar, bernas

PARA pemegang jawatan dalam UMNO di semua peringkat perlu tampil ke hadapan untuk memberikan idea-idea segar dan bernas, kata...

Lagi Artikel Berkaitan