33.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

PKPB tolak pandangan industri kaitkan gaji, produktiviti

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERTUBUHAN Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (PKPB) menolak pandangan pihak industri bahawa kenaikan gaji pekerja lebih tinggi daripada kadar produktiviti.

Setiausaha Agungnya, Mohammad Rizan Hassan berkata, sudut pandang begini jelas menterjemahkan bahawa pihak industri di Malaysia lebih mengutamakan keuntungan dengan kadar upah rendah.

“Bagi industri, secara mudahnya, produktiviti adalah output yang dikeluarkan lebih banyak daripada input, iaitu berapa banyak hasil yang majikan dapat daripada apa yang mereka laburkan.

“Ia adalah satu ukuran kecekapan seseorang untuk menyelesaikan sesuatu tugas. Tetapi definisi ini lebih sesuai untuk produktiviti hasil kilang, berbanding dipadankan dengan produktiviti manusia sebagai makhluk hidup.

“Definisi terbaik untuk menjadi seorang yang produktif, kaum pekerja memerlukan tiga elemen, iaitu fokus, tenaga dan masa.

“Produktiviti adalah suatu fungsi kepada ketiga-tiga perkara ini. Definisi ini akan membantu kita memahami dengan jelas mengapa kita adakalanya menjadi tidak produktif pada sesetengah waktu.

“Disinilah pentingnya industri memainkan peranan utama iaitu pembudayaan pembelajaran sepanjang hayat melalui reskilling dan upskilling dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) di tempat kerja untuk golongan belia,”katanya menerusi kenyataan di sini.

Advertisements

Beliau berkata, walaupun akhir-akhir ini adanya gesaan yang serius agar latihan TVET di terajui oleh industri, namun ianya tidak akan memberi impak besar kerajaan.

“Ini kerana institusi latihan kemahiran dan industri masih memegang stereotaip negatif mengenai persepsi dan keupayaan belia kita.

“Semua pihak mengakui bahawa golongan belia mempunyai bakat dan potensi yang besar termasuk melonjakkan ekonomi negara melalui tenaga kerja berkemahiran.

“Cuma, bagaimanakah industri dapat memanfaatkan tenaga, semangat, dan komitmen belia? Bagaimanakah suara belia di dengari, bakat dan potensi mereka di beri penghargaan atau pengiktirafan dan adakah masalah mereka di selesaikan dengan segera?

“Kunci kepada persoalan ini ialah pentingnya keserakanan belia-dewasa (Youth-Adult Partnership) diterjemahkan di tempat kerja.

Justeru, katanya, membangunkan modal insan berkemahiran di Malaysia bukan sekadar menentukan siapa peneraju latihan TVET atau isu gaji bermaruah untuk generasi muda semata-mata.

Tetapi jelas beliau, menuntut kerajaan, institusi latihan kemahiran dan industri menjadi rakan pembangunan yang baik dan “orang dewasa yang dipercayai,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MB Perlis ditahan SPRM bantu siasatan salah guna kuasa

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli bagi membantu siasatan dakwan salah guna...

Lagi Artikel Berkaitan