27.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

Rasuah: Penjawat awam tertinggi ditangkap di Johor

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PENJAWAT awam merupakan kumpulan tertinggi yang terlibat dengan rasuah di negeri Johor dalam tempoh dua tahun bermula 2020 hingga Disember tahun lalu.

Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias berkata, dalam tempoh tersebut sebanyak 90 tangkapan membabitkan penjawat awam manakala 75 tangkapan melibatkan pekerja swasta sementara 54 individu awam.

Menurut beliau, dalam tempoh itu juga SPRM Johor mencatatkan sitaan berjumlah RM3.65 juta selain melucut hak rampasan pesalah rasuah bernilai RM213,831.60.

“SPRM Johor telah menerima 940 maklumat berkaitan kesalahan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa dalam tempoh yang sama.

“Sebanyak 196 kertas siasatan dibuka dengan melibatkan 219 tangkapan dan 101 pertuduhan di mahkamah,” katanya.

Advertisements

Beliau berkata demikan ketika berucap pada Majlis Pelancaran Drama Radio Ringgit Ke Syurga? di Jabatan Penyiaran Malaysia Negeri Johor, hari ini.

Azmi berkata, SPRM secara berterusan melaksanakan kempen kesedaran tentang rasuah kepada orang ramai.

Dalam tempoh yang sama, kata beliau, pihaknya telah menjayakan 286 ceramah khusus kepada kumpulan sasar.

“Ia membabitkan sebanyak 131 program berteraskan pencegahan rasuah yang disampaikan kepada agensi kerajaan dan swasta, syarikat berkaitan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan, pelajar institusi pengajian tinggi dan sekolah,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

70,000 penduduk luar bandar nikmati elektrik biogas Felcra

KIRA-KIRA 70,000 penduduk luar bandar atau 14,000 rumah bakal menikmati bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi menerusi janakuasa yang...

Lagi Artikel Berkaitan