27.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

PM seru suami carum SKSSR buat isteri

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru para suami untuk membuat caruman Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) kepada isteri yang ikhlas mengurus rumah tangga.

Beliau berkata demikian sempena melancarkan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) dan Karnival Kerjaya MYFutureJobs 2023 pagi semalam.

Menurutnya, SKSSR jelas mencerminkan usaha berterusan Kerajaan untuk memastikan perlindungan sosial merangkumi seluruh rakyat Malaysia.

“Saya turut menyeru para suami untuk membuat caruman SKSSR kepada isteri yang ikhlas mengurus rumah tangga,” katanya dalam Facebook malam tadi.

SKSSR yang diperuntukkan di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 2022 ( Akta 838) menyediakan perlindungan terhadap bencana domestik dan keilatan kepada suri rumah sewaktu menjalankan urusan rumah tangga. 

Advertisements

Malaysia adalah negara pertama di rantau ini dan keempat di dunia yang memperkenal sistem perlindungan sosial kepada suri rumah. 

Selain itu menurut Perdana Menteri, beliau percaya MYFutureJobs, Portal Pekerjaan Nasional yang diperkenalkan untuk membantu majikan dan pencari kerja mendapatkan pekerjaan, perlu dimanfaatkan segenap lapisan masyarakat.

“Portal itu secara tidak langsung boleh membantu meningkatkan keberkesanan padanan pekerjaan selain mengurangkan jurang pengangguran.

“Pada masa yang sama, ia akan memainkan peranan aktif dalam program pemulihan ekonomi selain penambahbaikan pasaran buruh secara keseluruhannya,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan