26.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

Kerajaan disaran benarkan pengeluaran KWSP bersasar

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN disaran membenarkan pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerjas (KWSP) secara bersasar iaitu kepada mana-mana individu yang kurang berkemampuan.

Sasanan itu disuarakan oleh Setiausaha Sekretariat Kerajaan Perpaduan, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki hari ini.

Menurut beliau, cadangan itu telah dikemukakan beliau semasa mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur malam tadi.

Beliau berkata, pengeluaran wang tersebut tidak perlu dilakukan secara besar-besaran memandangkan kerajaan telah pun mengumumkan bantuan tunai menjelang penggal persekolahan akan datang.

“Ya, walaupun ada yang sinis bahkan memerli dengan mempertikaikan perjuangan kami waktu kerajaan terdahulu agar dibenarkan pengeluaran KWSP buat kali terakhir sehinggakan kerajaan waktu itu akur dengan tekanan rakyat.

Advertisements

“Namun pada kali ini, pandangan peribadi saya mungkin tidak perlu pengeluaran besar-besaran secara pukal. Memadai kepada mereka yang benar-benar memerlukan sahaja dan bersasar,” katanya.

Dalam pada itu, Asyraf yang juga Ketua Pemuda UMNO menambah, beliau akan sentiasa membawa suara rakyat meskipun tidak lagi memegang jawatan itu seleoas ini.

“Insya-Allah barisan kepimpinan pemuda yang baharu juga akan tetap menjadi #PemudaJurubicaraRakyat,” ujarnya.

Asyraf tidak akan mempertahankan jawatan Ketua Pemuda UMNO yang disandang sejak 2018 dalam Pemilihan UMNO akan datang. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Peranan, tanggungjawab Maritim Malaysia diiktiraf dunia

PERANAN serta tanggungjawab Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah diterima dengan baik dan diiktiraf dunia. Ini dibuktikan apabila Maritim...

Lagi Artikel Berkaitan