26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

PM perlu tarik balik lantikan Nurul Izzah – Hamzah

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dinasihat menarik balik pelantikan anaknya, Nurul Izzah sebagai Penasihat Ekonomi dan Kewangan kepada beliau.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, amalan nepotisme dalam PKR tidak boleh diheret sama ke dalam pentadbiran kerajaan.

Mennurutnya, amalan nepotisme oleh Anwar yang melantik anaknya sendiri itu juga disifatkan sebagai pengkhianatan kepada rakyat Malaysia.

Walk the talk please (Cakap serupa bikin). Pelantikan ini bukan sahaja tidak wajar, salah, serta merosakkan imej kerajaan, malah bertentangan sama sekali dengan amalan tadbir urus baik, berintegriti dan bebas rasuah.

Pro bono bukan alasan untuk menghalalkan nepotisme dan tindakan Anwar mempertahankan pelantikan anaknya adalah sesuatu yang amat memalukan, lebih-lebih lagi Tan Sri Hassan Merican sudah pun bertindak sebagai penasihat kepada Perdana Menteri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hamzah berkata, Malaysia Madani yang dicanang hanyalah retorik kosong kerana keutamaan Perdana Menteri lebih terarah kepada ahli keluarga sendiri berbanding menyelesaikan isu kos sara hidup, menangani cabaran ekonomi serta meneroka pasaran baharu untuk negara.

Advertisements

Untuk rekod, pelantikan Nurul Izzah yang merupakan bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu telah berkuat kuasa sejak 3 Januari lalu.

Anwar telah mempelawa anaknya untuk menjalankan tanggungjawab tersebut bagi membantunya di Pejabat Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan tanpa membayar sebarang elaun atau gaji bagi jawatan tersebut.

Anwar menjelaskan bahawa anak perempuannya itu mempunyai dua ijazah iaitu dalam bidang kejuruteraan dan juga dasar awam yang merangkumi politik, ekonomi dan sosial ketika menuntut di School of Advanced International Studies (SAIS), Universiti Johns Hopkins, Washington.

Beliau juga berkata bahawa seseorang itu tidak perlu mempunyai kelulusan yang berkaitan untuk memegang sesuatu jawatan.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan