Friday, June 5, 2026

Jeti runtuh: Guru terjun laut selamatkan murid

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

TINDAKAN pantas beberapa guru terjun ke laut berjaya menyelamatkan murid selepas sebuah jeti dipercayai di Pulau Pababag, Semporna, Sabah, runtuh pagi tadi.

Video berdurasi satu minit 30 saat yang tular di media sosial sejak pagi ini menunjukkan sekumpulan murid yang lengkap berpakaian sekolah cuba diselamatkan.

Menerusi video yang dikongsi Jonathan @jonjonahah, kelihatan beberapa orang guru cuba menyelamatkan pelajar dengan memindahkan mereka ke atas bot.

Kejadian itu mengundang pelbagai reaksi warganet yang mana ada yang bersimpati dengan nasib murid serta guru yang basah ketika dalam perjalanan ke sekolah.

Bahkan tidak kurang juga ada yang memuji tindakan pantas guru yang berjaya menyelamatkan keadaan daripada menjadi lebih buruk.

Bagaimanapun, rata-rata warganet memohon kerajaan dan wakil rakyat di kawasan itu segera mengambil tindakan mengenai perkara tersebut.

-EDISI9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan