26.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

TMJ terima menghadap Menteri Pendidikan, deligasi KPM

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap deligasi Kementerian Pendidikan Malaysia di Istana Polo, Pasir Pelangi, Johor, hari ini.

Deligasi KPM itu diketuai sendiri oleh Menterinya, Fadhlina Sidek.

Menurut Fadhlina, pertemuan berkenaan adalah sesuatu yang sangat baik bagi membincangkan perancangan dan hala tuju pembangunan pendidikan negara ini.

“Setinggi-tinggi ucapan Menjunjung Kasih DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dan YAM Che’ Puan Besar Khaleeda Binti Bustamam atas perkenan menerima patik dan delegasi Kementerian Pendidikan Malaysia mengadap hari ini.

Advertisements

“Moga Allah SWT melimpahkan rahmat, kurnia serta kesejahteraan buat Johor dan Malaysia secara keseluruhannya.

“Menjunjung Kasih Tuanku.” katanya dalam Facebook hari ini.

Turut serta mengadap Tunku Mahkota Johor ialah Ketua Setiausaha KPM, Datuk YUsran Shah Mohd Yusof dan Ketua Pengarah KPM, Datuk Pkharuddin Ghazali.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan