26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Ahmad Redza dilantik Ketua Pengarah Kerja Raya baharu

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TIMBALAN Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra) Datuk Ir Ahmad Redza Ghulam Rasool dilantik sebagai Ketua Pengarah Kerja Raya berkuat kuasa hari ini.

Mengumumkan perkara itu Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dalam kenyataan berkata, Ahmad Redza, 59, dilantik menggantikan Datuk Seri Ir Mohamad Zulkefly Sulaiman.

“Pelantikan Ahmad Redza adalah berdasarkan kelayakan, ciri-ciri kepimpinan dan pengalaman luas dalam bidang kejuruteraan, pengurusan projek pembangunan dan pengurusan aset,”katanya.

Advertisements

Ahmad Redza pernah memegang jawatan pengarah negeri di beberapa negeri selain pengarah kanan di Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi Jabatan Kerja Raya (JKR).

Beliau telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 39 tahun sebagai Jurutera Awam bermula pada 21 Dis 1984 dan mempunyai Ijazah Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Awam daripada Universiti Missouri, Amerika Syarikat.

“Saya percaya dengan pengalaman, pengetahuan dan kredibiliti yang dimiliki Ahmad Redza dapat memacu agenda pembangunan dan infrastruktur negara sekali gus mengangkat JKR sebagai agensi teknikal utama negara bertaraf dunia,” kata Mohd Zuki. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan