30.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

Hannah mengadap TMJ, bincang pembangunan sukan negara

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Che’ Puan Besar Khaleeda menerima menghadap Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh di Ibu Pejabat Johor Darul Takzim (JDT) di Iskandar Puteri, semalam.

Hannah berkata, pertemuan itu bagi membincangkan mengenai pembangunan infrastruktur dan sukan negara.

“Setinggi-tinggi ucapan menjunjung kasih Mejar Jeneral Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dan Che’ Puan Besar Khaleeda atas perkenan menerima patik dan delegasi Kementerian Belia dan Sukan menghadap di Ibu Pejabat JDT, Stadium Sultan Ibrahim hari ini (semalam).

Hannah Yeoh berkesempatan melawat ke Padang Seri Gelam dan Stadium Sultan Ibrahim di Johor Bahru bersama Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Mohd Hairi Mad Shah.

“Sesungguhnya pertemuan ini adalah sesuatu yang sangat baik bagi membincangkan infrastruktur dan pembangunan sukan dan belia di negara ini. Menjunjung Kasih Tunku,” katanya dalam satu kenyataan.

Advertisements

Turut menghadap Exco Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Mohd Hairi Mad Shahdi.

Hadir sama,Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Datuk Jana Santhiran Muniayan, Timbalan Ketua Pengarah (Strategik), Majlis Sukan Negara, Suhardi Alias dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia, Mohd Faidz Sanusi. 

Delgasi KBS turut berkesempatan melihat dengan lebih dekat fasiliti serba canggih milik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT).- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Guru bersahsiah mulia asas pendidikan berkualiti

Oleh DZULFAIDHI HAKIMIE DZULRAIDI GURU sebagai agen utama sistem pendidikan memegang peranan yang penting dalam membentuk generasi akan datang. Namun, menjadi...

Lagi Artikel Berkaitan