25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Penutupan sekolah bergantung kepada arahan terkini KKM

Keselamatan dan kesihatan murid-murid sentiasa menjadi keutamaan KPM.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEPUTUSAN berkaitan prosedur operasi standard (SOP)pencegahan termasuk penutupan sekolah susulan penularan varian baharu COVID-19 adalah bergantung kepada arahan terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata setakat ini KKM belum mengeluarkan pekeliling kepada Kementerian Pendidikan (KPM) untuk pihaknya berbuat demikian.

“Sekiranya KKM ada mengeluarkan pekeliling untuk KPM berbuat demikian (menutup sekolah), maka kita akan ikut saranan yang diberikan itu demi keselamatan anak murid kita.

“Setakat ini, semua dalam keadaan terkawal. Bagaimanapun, keselamatan dan kesihatan murid-murid sentiasa menjadi keutamaan KPM,”katanya mengulas berhubung SOP pencegahan COVID-19 di sekolah susulan penemuan dua varian baharu dari China.

Beliau berkata demikian ketika dalam lawatannya di Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kebun dan Sekolah Kebangsaan Jalan Kebun di sini.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa dua varian baharu Covid-19, iaitu BA.5.2 dan BF.7 dikesan berada di negara ini.

Dalam sidang akhbar yang sama, Fadhlina turut memaklumkan KPM sudah mengadakan perjumpaan bersama ibu bapa dua pemain bola tampar perempuan bawah 14 tahun Melaka yang ditampar jurulatih, semalam.

Advertisements

“Pertemuan itu adalah untuk mendapatkan maklum balas ibu bapa pelajar itu berkaitan insiden yang menimpa anak mereka.

“Concern (kebimbangan) kita sangat besar berkenaan isu ini, dan keutamaan kita adalah keselamatan serta kebajikan pelajar tersebut.

“Kita (KPM) dah jumpa ibu bapa pelajar untuk dapatkan maklum balas dan kita tidak akan bertolak ansur soal keganasan terutamanya terhadap pelajar,”katanya.

Beliau berkata, KPM tidak perlu menunggu laporan polis untuk menjalankan siasatan ke atas salah laku guru yang didakwa menggunakan kekerasan terhadap seorang pelajar.

“Siasatan itu boleh dilakukan terlebih dahulu menerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan.

“Kita masih lagi menyiasat, tak semestinya kita tunggu laporan polis. Kita boleh siasat sebab kita ada bahagian integriti dan tatatertib,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, rakaman insiden seorang jurulatih menampar dua pemainnya pada satu kejohanan bola tampar tular dalam media sosial. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan