30.5 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Polis tahan seorang lelaki, miliki bahan pornografi kanak-kanak

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki warga tempatan ditahan polis kerana disyaki memiliki dan mengedar bahan pornografi kanak-kanak dalam media sosial di Klang, Selangor, baru-baru ini.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin, berkata, suspek berusia 39 tahun itu ditahan kelmarin oleh Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Katanya, penahanan itu hasil kerjasama PDRM dengan Biro Penyiasatan Pusat (FBI) Amerika Syarikat.

“Suspek yang ditahan di rumahnya, dan hasil pemeriksaan lanjut mendapati sejumlah besar bahan pornografi kanak-kanak dijumpai di dalam komputer miliknya.

“Siasatan juga mendapati suspek turut berkomunikasi dengan mangsa kanak-kanak di samping memuat turun bahan pornografi kanak-kanak dengan menggunakan media sosial.

Advertisements

“Pasukan D11 berjaya melakukan rampasan komputer yang mengandungi bahan pornografi, external hard disk, router dan telefon bimbit milik suspek untuk siasatan lanjut polis,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, suspek direman empat hari bermula semalam sehingga 17 Disember ini bagi membantu siasatan lanjut.

“Siasatan lanjut masih diteruskan polis terhadap suspek bagi mengenal pasti mangsa-mangsa yang terlibat di dalam kes ini.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan iaitu kerana kesalahan dan mengedar bahan lucah,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bernas tanam padi pulut berskala besar di Langkawi

PADIBERAS Nasional Berhad (Bernas) melaksanakan projek penanaman padi pulut berskala besar membabitkan ladang sawah seluas 540 hektar di Langkawi,...

Lagi Artikel Berkaitan