32.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

PPS diaktifkan lebih awal bersedia hadapi banjir – Zahid

Zahid menegaskan beliau sudah mengarahkan agar agensi pusat melayani sama rata kerajaan negeri pembangkang terutama dalam soal pengurusan banjir.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN akan mengaktifkan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) lebih awal di seluruh negara sebagai persiapan berdepan banjir yang dijangka bermula akhir minggu ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, fokus utama pastinya kepada kawasan yang dijangkakan mengalami jumlah taburan hujan tinggi yang akan menyebabkan berlakunya banjir.

Menurutnya, acuan baharu persiapan itu berdasarkan ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) iaitu sebelum berlaku banjir di kawasan berkenaan.

“Ini adalah langkah baharu. Ia bagi mengelakkan kehilangan nyawa, kerosakan harta benda atau kehilangan dokumen penting.

“METMalaysia memaklumkan ada tiga kawasan utama yang bakal mengalami taburan hujan tinggi iaitu kawasan Timur Semenanjung Kelantan dan Terengganu), pantai Timur Sabah dan pantai Barat Sarawak,”katanya.

Beliau berkata demikan pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JBPB) di Putrajaya, hari ini.

Advertisements

Dalam pada itu, Zahid menegaskan beliau sudah mengarahkan agar agensi pusat melayani sama rata kerajaan negeri pembangkang terutama dalam soal pengurusan banjir.

Menurutnya, soal kesaksamaan dan keadilan mesti dilakukan tanpa mengira negeri itu diperintah oleh pihak mana kerana ia bertujuan menyelesaikan masalah rakyat dan bukannya menyelesaikan masalah politik.

“Ini bukan pendekatan baru kerana saya biasa lakukan ketika saya mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa ini pada pimpinan kerajaan dahulu.

“Pada hemat saya, pendekatan ini turut dipegang Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga mahu ia dilakukan demi rakyat, kesaksamaan dan keadilan,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Pelajar UPSI adakan program bakti bersama gelandangan

SEKUMPULAN pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengadakan program khidmat bakti bersama golongan gelandangan di Pusat Transit Gelandangan Kuala...

Lagi Artikel Berkaitan