33 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Dua rentung dalam pondok pengawal

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

DUA mayat ditemui dalam keadaan rentung di dalam pondok pengawal yang terbakar di Taman Bayam Indah, Lunas, Kulim, Kedah, malam semalam.

Difahamkan, mangsa ialah seorang lelaki berusia 45 tahun dan wanita berusia 25 tahun.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kulim, Penolong Penguasa Bomba Hamizul Azuan Hamdan, pihak bomba menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 10.54 malam semalam.

“Sebaik tiba di lokasi, kita dapati kebakaran melibatkan sebuah pondok kawalan berukuran 1.5 x 2 meter sedang terbakar 50 peratus. Kejadian turut melibatkan dua mangsa rentung di dalam pondok tersebut,” katanya hari ini.

Advertisements

Ujar Hamizul lagi, pondok tersebut mempunyai pintu jeriji besi yang dikunci dengan rantai besi dan anggota terpaksa memotongnya untuk melakukan pemadaman.

“Siasatan awal mendapati kebakaran berpunca dari dalam pondok tersebut dan kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

In Saff Travel tawar pakej umrah serendah RM4970

BERUSAHA memberikan yang terbaik terhadap pelanggannya, syarikat pengendali pakej umrah, In Saff Travel & Tours Sdn Bhd menampilkan pakej...

Lagi Artikel Berkaitan