32.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Hamzah Zainuddin dilantik Ketua Pembangkang

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MESYUARAT Jawatankuasa Perikatan Nasional (PN) bersetuju melantik Ahli Parlimen Larut yang juga Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, perkara itu telah diputuskan dalam satu mesyuarat yang diadakan beberapa hari lalu.

Beliau berkata, pencalonan Hamzah yang juga bekas Menteri Dalam Negeri sebagai Ketua Pembangkang juga telah dihantar ke Parlimen.

“Kita telah menubuhkan satu jawatankuasa dalam kalangan 74 Ahli Parlimen PN dan bersetuju melantik Hamzah sebagai Ketua Pembangkang.

Advertisements

“Jawatankuasa juga turut melantik Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Ketua Ahli Parlimen PN dan Timbalannya ialah Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang,” katanya.

Beliau memberitahu pemberita demikian ketika menghadiri majlis kesyukuran meraikan jentera Pilihan Raya Dewan Udangan Negeri Bunot Payung di Wakaf Che Yeh, Kelantan hari ini.

Selain itu, Takiyuddin berkata jawatankuasa juga bersetuju melantik beliau sebagai Ketua Whip PN. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Pelajar UPSI adakan program bakti bersama gelandangan

SEKUMPULAN pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengadakan program khidmat bakti bersama golongan gelandangan di Pusat Transit Gelandangan Kuala...

Lagi Artikel Berkaitan