Thursday, July 23, 2026

Makluman kenaikan tangga gaji polis palsu – JPM

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PEMAKLUMAN konon Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan kenaikan tangga gaji anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepertimana tular menerusi media sosial adalah palsu.

Sehubungan itu Jabatan Perdana Menteri (JPM) menggesa orang ramai tidak menyebarkan atau berkongsi maklumat yang tidak sahih bagi mengelak kekeliruan awam.

“Maklumat seperti poster tersebut adalah palsu.

“Sehubungan dengan itu, orang ramai diminta agar tidak menyebarkan atau berkongsi sebarang maklumat yang tidak sahih, tidak pasti jangan kongsi.

“Sila rujuk kepada akaun media sosial rasmi JPM untuk berita sahih,” kata kenyataan tersebut hari ini.

JPM mengulas berhunung penularan poster palsu menggunakan wajah Anwar dalam satu sidang media dengan memberi tajuk “PM – Kenaikan Tangga Gaji PDRM Akan Diumum Dalam Masa Terdekat.” – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan