27.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 1, 2024

Tolak guna kenderaan rasmi bukan perkara luar biasa

Ismail Sabri juga pernah menolak untuk menggunakan kenderaan kalis peluru yang disediakan kerajaan untuk beliau.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BUKAN sesuatu yang luar biasa apabila seorang Perdana Menteri menolak menggunakan kenderaan rasmi yang baharu ketika menjawat jawatan tersebut.

Ini kerana menurut Pengarah Media dan Komunikasi Strategik kepada Perdana Menteri Kesembilan, Datuk Ruhaidini Abdul Kadir langkah serupa dilakukan oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini.

Bahkan beliau berkata, Ismail Sabri juga pernah menolak untuk menggunakan kenderaan kalis peluru yang disediakan kerajaan untuk beliau.

“Keputusan Perdana Menteri Ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak untuk menggunakan kenderaan rasmi (import) yang baharu bukan perkara luar biasa.

“Sepanjang bergelar Perdana Menteri, Ismail Sabri lebih selesa menggunakan kenderaan jenis MPV yang telah digunakan oleh pentadbiran terdahulu,” katanya hari ini.

Anwar sebelum ini mewar-warkan bahawa beliau tidak akan menggunakan kenderaan Mercedes Benz S600 yang dibeli Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebelum beliau memasuki pejabat.

Advertisements

Sebaliknya Ahli Parlimen Tambun itu berkata, beliau hanya menggunakan kenderaan sedia ada bagi urusan harian.

Anwar berkata, keputusan tersebut diambil kerana tidak mahu sebarang perbelanjaan baharu dibuat ke atasnya.

Ruhaidini berkata, Ismail Sabri juga pernah menolak permohonan untuk mengubahsuai pesawat khas bagi kegunaan rasmi Perdana Menteri.

“Ismail Sabri juga terus tinggal di rumah peribadi dan memilih untuk tidak berpindah ke Seri Perdana, meskipun kediaman rasmi Perdana Menteri telah indah diubah suai,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Kupang PD masih belum selamat dimakan, 81 penternak terjejas

KUPANG dari perairan Port Dickson, Negeri Sembilan masih belum selamat dimakan kerana masih menunjukkkan kandungan biotoksin yang tinggi. Jabatan Perikanan...

Lagi Artikel Berkaitan