28 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

Wan Rosdy angkat sumpah MB Pahang

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DATUK Seri Wan Rosdy Wan Ismail sekali lagi dipilih menerajui Pahang sebagai Menteri Besar Pahang ke-15 selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri pada 14 Oktober lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai itu mengangkat sumpah jawatan di hadapan Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada pukul 11. 28 pagi di Balai Rong Seri Istana Abu Bakar.

Wan Rosdy, 64, yang juga Menteri Besar Pahang pada penggal sebelum ini ditemani isterinya, Datin Seri Burhah Mohamed.

Turut hadir ke istana ialah beberapa ADUN dan Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) Pahang yang memenangi PRU15 lalu.

Advertisements

Pencalonan Wan Rosdy yang merupakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang mendapat sokongan kesemua 16 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) dan lapan ADUN Pakatan Harapan (PH).

Wan Rosdy yang menjadi ADUN Jelai sejak 2004 berjaya mempertahankan kerusi DUN itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan mendapat majoriti 6,983 undi.

Beliau mendapat 10,092 undi menewaskan calon PN, Dr. Abdul Rasid Mohamed Ali yang mendapat 5,569 undi dan calon PH Ismail Mohd Hussin yang mendapat 1,465 undi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Agong, Permaisuri zahir rasa sedih tragedi nahas helikopter TLDM

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan rasa sedih atas tragedi nahas dua...

Lagi Artikel Berkaitan