26.1 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

PRU15: Zahid, Anwar berunding bentuk Kerajaan

PH semalam memaklumkan mempunyai majoriti yang cukup untuk membentuk kerajaan, namun dalam keputusan PRU15, PH hanya memenangi 82 kerusi Parlimen.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bertemu Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim dipercayai bagi melakukan rundingan membentuk Kerajaan Persekutuan.

Beberapa keping gambar rundingan lebih empat mata berkenaan di Hotel Seri Pacific di Kuala Lumpur, hari ini tersebar dalam media sosial Facebook.

Terdahulu, Ahmad Zahid tiba di hotel berkenaan kira-kira pukul 10.05 pagi dan membuat sidang media selepas perjumpaan 26 Ahli Parlimen BN.

Dalam sidang medianya, beliau mengesahkan BN akan menyerahkan Akuan Bersumpah (SD) kepada Yang di-Pertuan Agong petang nanti namun meminta lanjutan masa untuk melakukan rundingan.

Untuk rekod, PH semalam memaklumkan mempunyai majoriti yang cukup untuk membentuk kerajaan, namun dalam keputusan PRU15, PH hanya memenangi 82 kerusi Parlimen.

Advertisements

Perikatan Nasional (PN) pula yang memenangi 73 kerusi berunding bersama gabungan dari Sabah dan Sarawak serta mengalu-alukan parti lain untuk bersama membentuk kerajaan kecuali PH.

BN pula menang di 30 kerusi Parlimen namun perlu bergabung dengan mana-mana gabungan lain sekiranya ingin berada dalam kerajaan.

Namun, apa yang lebih menarik perhatian ahli-ahli Parlimen BN kini menjadi ‘rebutan’ antara PH dan PN bagi membentuk Kerajaan Persekutuan yang hanya berbaki beberapa jam sahaja lagi.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan