26.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 1, 2024

Kerajaan baharu perlu bebas daripada golongan anti-Islam

Sesiapa yang terlibat dengan rasuah atau cenderung kepada rasuah terlibat juga diharap tidak berada dalam Kerajaan baharu.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN baharu yang akan dibentuk selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) mestilah bebas daripada golongan anti-Islam atau mereka yang pro kepada golongan terbabit.

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, selain itu kerajaan baharu itu juga perlu bebas daripada mereka yang terlibat dengan rasuah atau cenderung terlibat dengan amalan tersebut.

“Harapan kita ialah siapa pun kerajaan baharu janganlah memasukkan golongan anti-Islam, pro anti-Islam dan yang terlibat dengan rasuah atau cenderung kepada rasuah terlibat.

“Selain hal itu, terpulanglah atas kebijaksanaan ahli-ahli politik,” katanya dalam Facebook hari ini.

Dalam PRU-15 semalam, Pakatan Harapan (PH) yang terdiri daripada gabungan PKR, DAP dan Amanah memperoleh 81 kerusi manakala Perikatan Nasional (PN) yang terdiri daripada Bersatu, Pas dan Gerakan mendapat 73 kerusi.

Manakala Barisan Nasional (BN) pula hanya memperoleh 22 kerusi diikuti oleh Gabungan Parti Sarawak (22 kerusi), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) enam kerusi.

PN dijangka membentuk kerajaan campuran bersama-sama gabungan parti lain.

Advertisements

Sementara, kenyataan Mohd Asri atau lebih dikenali dengan nama Dr Maza itu mendapat sokongan dan pujian kalangan warganet yang mahu melihat negara ditadbir dengan lebih baik selepas ini.

Salah seorang warganet, Zuraimy Zainuddin memuji pandangan Dr Maza tersebut memandangkan Perlis kini dikuasai oleh PN.

“Terbaik Dr Maza, ironinya Perlis juga sudah naik bendera PN… buang yang keruh ambil yang jernih,” katanya.

Bagi Hafizal Abi Waqqash pula, dia berharap kerajaan baharu tidak melantik menteri Kabinet daripada kalangan anti-Islam dan Melayu.

“Harapan kepada pemilihan kerajaan yang bersih dari rasuah, pandai menaikkan semula ekonomi negara, tidak lagi berlaku ketirisan wang negara yang banyak dan memberi manfaat kepada kehidupan rakyat.

“Jika ada menteri bukan Islam carilah yang bukan anti Islam dan Melayu seperti yang berlaku sebelum ini,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Kupang PD masih belum selamat dimakan, 81 penternak terjejas

KUPANG dari perairan Port Dickson, Negeri Sembilan masih belum selamat dimakan kerana masih menunjukkkan kandungan biotoksin yang tinggi. Jabatan Perikanan...

Lagi Artikel Berkaitan